Search

Dasar Privasi (Bahasa Malaysia)

RTM mengambil berat mengenai perlindungan data peribadi anda. Notis ini menjelaskan bagaimana RTM memproses data peribadi anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pemusnahan serta langkah keselamatan yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya.

Kami mengumpul data peribadi iaitu nama penuh, e-mel, kata laluan, kata laluan ke-2, jantina dan kawasan.

Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Portal RTM menggunakan non-persistent cookies atau per-session cookies untuk tujuan teknikal sahaja seperti penukaran bahasa pada Portal ini. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus di padam sebaik sahaja anda meninggalkan Portal ini

Kami mendapatkan data peribadi anda melalui pendaftaran pengguna melalui https://rtmklik.rtm.gov.my/register:

Kami mengumpul data peribadi anda untuk: Mempromosi bahan dan platform RTMKlik melalui hantaran notifikasi kepada pengguna yang berdaftar. Memantau saluran video/audio yang paling banyak ditonton/didengar oleh pengguna melalui sistem Content Management System (CMS). Kegunaan bahagian pemasaran RTM sebagai selling point kepada potential advertiser.

Kami memproses data peribadi anda hanya di dalam Malaysia sahaja. Tiada data peribadi yang dipindahkan ke luar Malaysia.

Kami tidak menzahirkan data peribadi anda kepada pihak luar.

Kami mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi data peribadi anda:

  • 1. Memastikan data peribadi anda disimpan dengan sebaiknya mengikut kehendak Akta 709 (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)
  • 2. Memastikan personel kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda
  • 3. Mempunyai kontrak perlindungan data peribadi dengan pihak pembekal Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk mematuhi perkara berikut (tetapi tidak terhad kepada) bagi mengelakkan risiko pencerobohan terhadap data peribadi anda:
    • Mencipta kata laluan yang panjang dan kukuh untuk membantu mencegah akses tidak sah ke komputer atau akaun peribadi;
    • Menukar kata laluan dengan kerap boleh mengurangkan risiko untuk digodam;
    • Menjaga kata laluan dengan baik dan tidak menzahirkannya kepada pihak lain;
    • Mengunci komputer dengan Ctrl+Alt+Del atau kekunci Windows + L secara serentak;
    • Berhati-hati dengan serangan kejuruteraan sosial yang membawa kepada akses tanpa kebenaran kepada sistem dan maklumat sensitif untuk tujuan penipuan atau jenayah.
    • Jangan dedahkan maklumat peribadi atau kewangan dalam e-mel atau pesanan teks.

Kami akan menyimpan data peribadi anda selama 3 tahun / selagi anda menjadi pelanggan kami. Data Peribadi anda akan dibuang sekiranya tidak aktif antara lima (5) hingga tujuh (7) tahun. Sekiranya anda tidak lagi menjadi pelanggan kami, data peribadi anda akan dihapus secara kekal.

Anda berhak untuk: Memberi persetujuan memproses data peribadi. Permohonan mengakses data peribadi Permohonan mengemaskini data peribadi. Permohonan Menarik Balik Persetujuan

Anda boleh hubungi kami berkaitan data peribadi anda melalui: (Jawatan) : Pegawai Perlindungan Data (DPO) (Alamat) : Seksyen Dasar dan Penyelidikan, Tingkat 16 Menara Angkasapuri, Angkasapuri Kota Media (No. Telefon) : 0326364197 (E-mel) : dpo@rtm.gov.my

(Berkuatkuasa pada: 26 Disember 2023) Terakhir dikemas kini pada: 20 Disember 2023

Privacy Policy (English)

RTM care about your personal data protection. This notice clarifies how RTM processes your data from the point we collect, use, share, dispose of and the security measure that we established to ensure your personal data is well protected.

We collect your personal data which range from full name, email, password, second password, gender, and location.

Cookies generated by the web server will only be used to collect information to identify your upcoming browser. The RTM portal uses non-persistent cookies or per-session cookies for technical purposes only such as language conversion on this Portal. These cookies will not permanently record data and they are not stored on your computer’s hard drive. It will be removed as soon as you leave this portal

We gather your personal data from https://rtmklik.rtm.gov.my/register:

We collect your personal data to: Promote RTMKlik materials and platforms by sending notifications to registered users. Monitor most viewed audio / video channels by users through the Content Management System (CMS). For the RTM marketing section as a selling point to the potential advertiser.

We only process your personal data within Malaysia. Your personal data will not be transferred to any place outside Malaysia.

We do not disclose your personal data to outside parties.

We take these measures to protect your personal data:

  • 1. By ensuring your personal data is kept as required by Act 709
  • 2. By ensuring our staff not to misuse your personal data
  • 3. By performing contract / agreement with system vendor, appointed third party services However, you are responsible for complying with the following (but not limited to) to avoid the risk of intrusion into your personal data:
    • 1.Create long and strong passwords to help prevent unauthorized access to a computer or personal account;
    • 2.Changing passwords regularly can reduce the risk of being hacked;
    • 3.Maintain passwords well and do not disclose them to other parties;
    • 4.Computer locking with Ctrl+Alt+Del or Windows + L keys simultaneously;
    • 5.Beware of social engineering attacks leading to unauthorized access to sensitive systems and information for fraudulent or criminal purposes.
    • 6.Do not disclose personal or financial information in emails or text messages.

We will retain your personal data for three (3) years / if you become our customer. Your Personal Data will be discarded if inactive for between five (5) and seven (7) years. If you are no longer our customer, we will permanently delete your personal data.

You have the rights to: Giving consent to processing personal data Request for access to personal data Request to update personal data Request for Withdrawal of Consent

You can contact us or submit your inquiry in regards to the processing of your personal data at: (Designation) : Data Protection Officer (DPO) (Address) : Seksyen Dasar dan Penyelidikan, Tingkat 16 Menara Angkasapuri, Angkasapuri Kota Media (Telephone number): 0326364197 (Fax number / e-mail address): dpo@rtm.gov.my

(Effective date: 26 December 2023) Last reviewed: 20 December 2023

PENGAKUAN/PERSETUJUAN MEMPROSES DATA PERIBADI

Saya telah membaca Notis Perlindungan Data Peribadi dan memahami sebab pengumpulan data peribadi saya dan cara bagaimana data itu boleh digunakan dan didedahkan. Saya telah diberikan salinan Notis Perlindungan Data Peribadi dan/atau telah dimaklumkan tentang perkara di dalamnya. Saya juga sedar bahawa saya boleh mengakses dan membetulkan data peribadi saya atas permintaan dan jika perlu. Walau bagaimanapun, saya faham bahawa jika dalam keadaan luar kebiasaan iaitu akses dinafikan untuk tujuan yang sah, sebab-sebabnya akan dimaklumkan kepada saya.

Pengisytiharan Mengemaskini Data Peribadi

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat. Saya juga faham bahawa sebarang dan/semua data peribadi yang telah diberikan oleh saya di dalam Profil Pengguna akan dikumpul dan diproses oleh pihak tuan sebagai data peribadi menurut Akta 709 (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010).

Hak Cipta Terpelihara © 2022
RADIO TELEVISYEN MALAYSIA